Friday, March 13, 2020
Friday, March 6, 2020
BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK
Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna,
teks, kesesuian dan keseimbangan.
1. Mudah
- Penglihatan
seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dlam
bentuk foto mahupun video.
- Mudah juga dilihat sebagai sesuatu mesej yang
terdapat gambaran yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.
- Contohnya,
gambar sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah.
2. Warna
- Kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu
gambaran dalam bentuk foto mahupun video.
- Grafik biasanya tidak lebih daripada tiga warna.
- Namun, ada juga grafik yang lebih daripada tiga
warna bergantung kepada objektif atau mesej yang ingin disampaikan.
- Ada juga grafik yang mempunyai satu warna
sahaja.
- Contohnya, gambar sebuah kereta berwarna biru
dan dibelakangnya ada pokok.
3. Teks
- Jenis dan saiz font yang dipilih dalam
persembahan grafik.
- Kandungan teks juga diambil kira sebagai
pemahaman grafik.
- Faktor dalam elemen grafik perlu diteliti dengan
baik supaya mesej dapat disampaikan dengan baik.
- Warna dalam font juga penting dalaam asas
grafik.
- Contohnya, iklan telefon bimbit dengan teks “nipis
dan ringan”.
4. Kesesuaian
- Grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar
tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam gambar.
- Setiap watak atau bahan grafik bersesuaian
antara satu sama lain.
- Contohnya, gambar tiga orang kanak-kanak sedang
bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki
ayam dengan wajah yang ketawa dengan tulisan bawah foto “ suasana di kampung
saya”.
5. Keseimbangan
- Ruang dalam foto atau video.
- Ruang yang dimaksudkan adalah ruang di kiri,
kanan, atas dan bawah.
- Sama ada ruang kosong ataupun grafik yang sama berat
di ruang tersebut.
- Keseimbangan diterima apabila grafik dapat
disampaikan dengan baik.
- Contohnya, ruang di sebelah kiri terdapat lima
batang pokokbesar seimbang dengan sebuah rumaah kampung di sebelah kanan
gambar.
Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
BBM3410Satu2020: ANALISIS WACANA KRITIS
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
Rajah 1: Analisis Kritikan Wacana Analisis oleh vanDijk (1977)
VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacarna kepada beberapa unsur iaitu makro dan mikro, kawalan kuasa, kawalan wacana awam dan kawalan pemikaran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global dari suatu teks yang dapat diamati serta dari topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan lentang kerangka teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna tempatan daripada teks yang dapat diperhatikan daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang digunakan oleh teks.
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik / tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian perdahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
Rajah 1: Analisis Kritikan Wacana Analisis oleh vanDijk (1977)
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) teori ini dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur makro ini merupakan makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada tema suatu teks. Seterusnya, superstruktur merupakan kerangka suatu teks seperti pendahuluan, isi dan penutup. Selain itu, struktur mikro pula merupakan makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.
Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Thursday, March 5, 2020
BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)
Taksonomi Strategi
Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau strategi Pampasan
3. Parafrasa
4.Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-Coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use
of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat
tekaan/Appreal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/
strategi penanda (hesitation devices)
Rajah 7: Taksonomi Strategi
Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Taksonomi
strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah7) mempunyai 12
taksonomi dalam strategi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau
peninggalan mesej, pengelakan tolik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan
perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau
penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan,
pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan
dan akhir sekali penggunaan perkataan
yang tiada makna dan strategi petanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi
strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan,
pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi penambahan
waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak
langsung dan strategi interaksi.
Taksonomi
Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan
mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah
ayat manakala pengekalan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik
oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada
penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata
manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang
hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan
perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk
menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan
perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikel
bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula adalah peninggalan mesej yang disebabkan oleh bahasa kekangan, menyambung mesej dengan mengubah dari struktur asal ayat. Terjemahan literal adalah terjemahan sesuatu kata, bahasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubahsuai secara fonologi atau morfologi ke bahasa sasaran dan kod pertukaran bermaksud penggunaan kata atau frasa dari bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan kata yang tidak dapat difahami atau digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa-apa perkataan ataupun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penaikbaik dan dicadangkan dengan strategi baru. Oleh itu, kajian ini telah merujuk kepada komunikasi strategi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baru. Pendekatan strategi kounikasi yang baru ini telah terbukti dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baru merujuk kepada singkatan, penafian/percanggahan, persoalan, perujuk, imaginasi dan kesopanan. Enam strategi ini tidak terdapat dalam komunikasi strategi oleh Tarone 11977), Faerch & Kasper (19831, Johnstone (1989 dan Dornyei & Scott (19971). Strategi komunikasi ini dilihat sesuai dengan kajian yang dilakukan.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), pendekatan strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1977) dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan atau pengurangan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Pengasingan ini membolehkan kita membezakan dengan strategi yang lain. Strategi ini penting untuk mengelakkan daripada menulis sesuatu topik sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkataan. Melalui penghampiran, perkataan yang semantiknya sama dengan perkataan sasaran boleh digunakan. Penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat boleh digunakan. Selain itu, melalui penstrukturan semula, peninggalan mesej disebabkan kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat juga boleh digunakan.
Rujukan: Kajian wacana dan strategi komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Kesimpulan diatas adalah manfaat yang diperoleh daripada cerita pendek akaun instagram. Instagram membantu mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek instagram pengguna yang lain. Selain itu, instagram juga berpeluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka kepada umum. Justeru, mereka juga boleh mempelajari cerita baharu di cerita pendek instagram. Seterusnya, instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Oleh itu, pengikut akan faham mesej yang ditinggalkan oleh pengguna.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG.
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Biasanya, responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Pandangan ini memperlihatkan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga berlatih menggunakan perkataaan yang sesuai. Oleh itu, blog dilihat sebagai platform yang sesuai untuk tujuan ini. Selain itu, responden juga dilihat suka menulis cerita pendek dalam blog yang membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa. Justeru, mereka juga dilihat suka menulis skrip dalam blog kerana mereka berpendapat boleh berkongsi skrip melalui blog dan menulis apa sahaja dalam skrip. Skrip yang ditulis juga ialah skrip sasaran memandangkan banyak idea yang ingin diceritakan. Responden juga dilihat suka menulis pantun di blog mereka. Mereka ingin menulis sesuatu yang baik dan ingin berkongsi dengan orang lain. Seterusnya, penulis blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Pernyataan menunjukkan bahawa responden suka menulis surat di dalam blognya kerana membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Responden juga dilihat lebih berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog. Pernyataan ini juga menunjukkan bahawa responden sangat berminat menulis teka-teki di dalam blognya kerana menerima banyak komen daripada orang lain berdasarkan teka-teki. Di samping itu, penulisan blog juga membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi yang dimasukkan ke dalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Responden juga dilihat begitu teruja untuk menyiarkan klip video berkenaan cerpen pendek atau dokumentari di dalam blog mereka. Seterusnya, pernyataan juga menunjukkan bahawa responden sangat suka meletakkan audio di blog mereka. Mereka meletakkan audio dalam senarai main lagu memandangkan mudah bagi mereka merombak dan memilih lagu yang disukai. Justeru, responden juga sangat teruja untuk menyiarkan gambar yang menarik di blog kerana gambar mampu menceritakan sesuatu yang boleh menunjukkan emosi di setiap hantaran mereka. Kesimpulannya, keputusan penulisan bloh dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran teknologi menunjukkan kebanyakan responden yang terlibat memperoleh keyakinan dalam penulisan blog. Menulis blog mampu membantu mereka leboh memahami kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Oleh itu, blog juga sangat membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan dalam penulisan dan memaksimakan aktiviti penulisan pelajar dan menggalakkan pelajar dalam proses mempelajari bahasa kedua.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021
KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...
-
BAHAGIAN A JENIS-JENIS SHOT YANG TERDAPAT DALAM ASAS FOTOGRAFI Gambar diatas menerangkan jenis-jenis shot yang terdapat dalam ...
-
BAHAGIAN A Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987) Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. ...
-
BAHAGIAN B Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ...







