Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

BAHAGIAN A

Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown 8: Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah heori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown 8: Levinson (I 987) memperkenalkan konsep ’wajah’ untuk menggambarkan ’kesopanan‘ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ’wajah’: 'wajah positif’ dan 'wajah negatif’. Brown 8: Levinson (1987: 61) menentukan ’muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ’muka negatif’ adaIah ”tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Bmwn & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record

Contoh:
Bersedia !
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif

Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin !
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan ?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantlk baju kamu.


Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)

(NUR SHAFIKA BINTI ZULKIFLI – 196768)


Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


BAHAGIAN B

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita ini mengisahkan tentang situasi yang berlaku di rumah dimana bapa Alim yang telah pergi ke pasar dan membawa pulang buah-buahan kerana dia tahu keluarganya gemar makan buah-buahan. Apabila hendak makan buah-buahan itu di rumah, ibunya telah menyediakan bakul sampah kerana dia tidak mahu rumah bersepah dan kotor. Ketika sedang makan, Alim meminta izin untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu Alim memuji sikap Alim yang ingin berkongsi dengan orang lain. Alim memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Selesai makan, Alim membantu keluarganya mengemas rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu sampah di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan Sulaiman buah-buahan dan mengatakan bahawa dia gembira apabila Alim rapat dengan Sulaiman. Alim memberitahu bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman.





Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...