Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG.




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Biasanya, responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Pandangan ini memperlihatkan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga berlatih menggunakan perkataaan yang sesuai. Oleh itu, blog dilihat sebagai platform yang sesuai untuk tujuan ini. Selain itu, responden juga dilihat suka menulis cerita pendek dalam blog yang membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa. Justeru, mereka juga dilihat suka menulis skrip dalam blog kerana mereka berpendapat boleh berkongsi skrip melalui blog dan menulis apa sahaja dalam skrip. Skrip yang ditulis juga ialah skrip sasaran memandangkan banyak idea yang ingin diceritakan. Responden juga dilihat suka menulis pantun di blog mereka. Mereka ingin menulis sesuatu yang baik dan ingin berkongsi dengan orang lain. Seterusnya, penulis blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Pernyataan menunjukkan bahawa responden suka menulis surat di dalam blognya kerana membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Responden juga dilihat lebih berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog. Pernyataan ini juga menunjukkan bahawa responden sangat berminat menulis teka-teki di dalam blognya kerana menerima banyak komen daripada orang lain berdasarkan teka-teki. Di samping itu, penulisan blog juga membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi yang dimasukkan ke dalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Responden juga dilihat begitu teruja untuk menyiarkan klip video berkenaan cerpen pendek atau dokumentari di dalam blog mereka. Seterusnya, pernyataan juga menunjukkan bahawa responden sangat suka meletakkan audio di blog mereka. Mereka meletakkan audio dalam senarai main lagu memandangkan mudah bagi mereka merombak dan memilih lagu yang disukai. Justeru, responden juga sangat teruja untuk menyiarkan gambar yang menarik di blog kerana gambar mampu menceritakan sesuatu yang boleh menunjukkan emosi di setiap hantaran mereka. Kesimpulannya, keputusan penulisan bloh dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran teknologi menunjukkan kebanyakan responden yang terlibat memperoleh keyakinan dalam penulisan blog. Menulis blog mampu membantu mereka leboh memahami kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Oleh itu, blog juga sangat membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan dalam penulisan dan memaksimakan aktiviti penulisan pelajar dan menggalakkan pelajar dalam proses mempelajari bahasa kedua.

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...