Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

BAHAGIAN B


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang Iain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim 2017)

Twitter merupakan satu tempat atau platform yang membolehkan seseorang menulis cerita secara individu. Media sosial ini telah memberi kesan yang besar kepada pelajar semasa proses penulisan. Twitter juga merupakan salah satu cabaran kepada seseorang yang kurang berkeyakinan semasa menulis dan juga kepada yang bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya. Hal ini telah menyebabkan seseorang individu itu berasa keberatan untuk menulis. Dengan adanya twitter seseorang boleh praktik menulis dengan baik dan mengurangkan ketidakyakinan semasa menulis serta sedikit sebanyak tidak berasa malu apabila orang lain membacanya. Hal ini dapat memberi keyakinan kepada seseorag untuk berkongsi sesuatu di twitter. Oleh itu, twitter merupakan satu cabaran yang boleh diambil untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bidang penulisan seseorang. Selain itu, pelajar juga lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka dapat fokus kepada pembelajaran bahasa. Oleh itu, penglihatan terus dalam aktiviti penting bagi mengelakkan salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa sesuatu proses pengajaran dilakukan. Penglibatan terus juga dapat menarik minat pelajar dalam proses pengajaran serta dapat memberi kesan yang baik ke atas diri pelajar sendiri dalam memahami setiap apa yang dipelajari. Justeru, cara ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlaku salah faham dalam pengajaran semasa proses pembelajaran dilakukan.





Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...