Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau strategi Pampasan
3. Parafrasa
4.Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-Coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appreal for help Stalling

Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)


Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

              Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan tolik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan  yang tiada makna dan strategi petanda. Menurut Dornyei  & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi penambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

          Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengekalan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikel bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula adalah peninggalan mesej yang disebabkan oleh bahasa kekangan, menyambung mesej dengan mengubah dari struktur asal ayat.  Terjemahan literal adalah terjemahan sesuatu kata, bahasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran.  Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubahsuai secara fonologi atau morfologi ke bahasa sasaran dan kod pertukaran bermaksud penggunaan kata atau frasa dari bahasa lain dalam penulisan.  Penggunaan kata yang tidak dapat difahami atau digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa-apa perkataan ataupun bunyi yang tidak mempunyai makna.  


        Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penaikbaik dan dicadangkan dengan strategi baru.  Oleh itu, kajian ini telah merujuk kepada komunikasi strategi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baru.  Pendekatan strategi kounikasi yang baru ini telah terbukti dengan kajian dalam buku ini.  Pendekatan strategi yang baru merujuk kepada singkatan, penafian/percanggahan, persoalan, perujuk, imaginasi dan kesopanan.  Enam strategi ini tidak terdapat dalam komunikasi strategi oleh Tarone 11977), Faerch & Kasper (19831, Johnstone (1989 dan Dornyei & Scott (19971). Strategi komunikasi ini dilihat sesuai dengan kajian yang dilakukan.

          Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), pendekatan strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1977) dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan atau pengurangan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Pengasingan ini membolehkan kita membezakan dengan strategi yang lain. Strategi ini penting untuk mengelakkan daripada menulis sesuatu topik sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkataan. Melalui penghampiran, perkataan yang semantiknya sama dengan perkataan sasaran boleh digunakan. Penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat boleh digunakan. Selain itu, melalui penstrukturan semula, peninggalan mesej disebabkan kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat juga boleh digunakan.




Rujukan: Kajian wacana dan strategi komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...