Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
Wednesday, May 6, 2020
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3
Antara
nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3 ialah tolong-menolong, peramah daan
rajin. Nilai tolong-menolong jelas terbukti apabila Alim dan adik beradiknya
selalu menolong antara satu sama lain dalam membuat kerja rumah. Alim juga
selalu menolong ibunya menyapu sampai dan mengutip mainan yang bertaburan
dilantai.
Nilai
yang seterusnya ialah peramah. Alim seorang yang peramah. Hal ini jelas
terbukti apabila Alim selalu mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang
menolongnya. Bahkan Alim juga ramah dengan semua orang termasuk Sulaiman dan
Mak Cik Timah.
Nilai
yang seterusnya ialah rajin. Hal ini terbukti apabila ibu selalu cakap bahawa
Alim seorang yang rajin. Alim rajin menolong ibunya membuat kerja rumah dan
menolong adiknya mengemas mainan yang berselerak di lantai.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Asas
grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua
yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang
mengandungi grafik. Oleh itu, asas grafik juga mempunyai kepentingannya. Antara
kepentingan asas grafik ialah menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan
promosi.
Kepentingan yang pertama ialah
menarik. Hal ini kerana asas grafik penting untuk menarik minat semua golongan
masyarakat. Setiap grafik yang mengandungi asas grafik yang sesuai dapat
memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami
mesej yang ingin disampaikan.
Seterusnya, asas grafik yang mudah
difahami juga penting dalam kalangan masayarakat. Hal ini kerana, masyarakat
memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah untuk difahami tanpa berasa
ragu-ragu ataupun keliru.
Selain itu, mesej yang ingin
disampaikan sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana, setiap apa yang
dilihat mestiah menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Hal ini bertujuan
supaya mesej yang ingin disampaikan dapat meninggalkan kesan kepada masyarakat.
Di samping itu, ketara juga
merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto yang dipaparkan akan
memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah begitu
ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau mesej
yang ingin disampaikan.
Asas grafik juga dapat memberikan
kesan yang positif terhadap mempromosikan baranganatau apa jua mesej yang ingin
disampaikan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, promosi akan lebih
berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto.
Thursday, April 30, 2020
BBM3410Satu2020: Aktiviti Bab 1 (Media Sosial: Gambaran Keseluruhan) Buku Ehh !! Media Sosial
Aktiviti 1: Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian anda.
Aktiviti 2 : Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa.
Aktiviti 3 : Dua aplikasi media sosial dan kelemahannya.
Aktiviti 2 : Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa.
Aktiviti 3 : Dua aplikasi media sosial dan kelemahannya.
Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2
Pada pendapat saya, antara tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2 ialah nilai baik hati, tolong-menolong dan ramah mesra. Nilai baik hati dalam cerita ini jelas terbukti apabila Alim meminta buah-buahan daripada ibunya untuk diberikan kepada kawannya iaitu Sulaiman. Selain itu, nilai tolong-menolong juga jelas apabila Alim dan adik-beradiknya selalu menolong ibunya mengemas rumah dan mereka mempunyai tugasan masing-masing. Seterusnya, nilai ramah mesra juga terdapat dalam cerita ini apabila Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan buah-buahan kepada anaknya. Oleh itu, cerita sosial bukan sahaja untuk memberikan gambaran cerita malah terdapat juga nilai-milai murni yang boleh dijadikan contoh dan diikuti.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Ringkasan Rule Of Thirds untuk swafoto
Hai semua.. Tugasan di atas adalah ringkasan rule of thirds dalam swafoto dan gambar yang dah dimuat dalam facebook saya . Jadi awak semua boleh tengok kan bahawa rule of thirds juga penting dalam swafoto bagi mendapatkan gambar yang cantik, menarik dan seimbang. Nanti anda semua boleh laa cuba ye ? Cuba berswafoto dengan menggunakan kotak grid okay.. Rule of thirds ni memberikan banyak kelebihan kepada awak dalam menghasilkan gambar yang berkualiti.
Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Wednesday, April 29, 2020
BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
BAHAGIAN A
Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BAHAGIAN B
Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan
dalam wacana. Teori kesopanan Brown 8: Levinson (1987) terdiri daripada dua
bahagian. Bahagian pertama adalah heori asas mengenai sifat kesopanan dan
bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi
kesopanan dalam wacana. Brown 8: Levinson (I 987) memperkenalkan konsep ’wajah’
untuk menggambarkan ’kesopanan‘ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi
mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ’wajah’: 'wajah positif’ dan
'wajah negatif’. Brown 8: Levinson (1987: 61) menentukan ’muka positif’ kerana
imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ’muka negatif’
adaIah ”tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak
diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk
menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat
dielakkan atau dikehendaki. Bmwn & Levinson (1987) menggariskan empat jenis
utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif,
kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak
menggunakan kata muka yang mengancam itu.
STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia !
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan
Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan
Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin !
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan ?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantlk baju kamu.
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson
(1987)
(NUR SHAFIKA BINTI
ZULKIFLI – 196768)
Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BAHAGIAN B
Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa
Cerita ini mengisahkan tentang situasi yang berlaku di rumah dimana bapa Alim yang telah pergi ke pasar dan membawa pulang buah-buahan kerana dia tahu keluarganya gemar makan buah-buahan. Apabila hendak makan buah-buahan itu di rumah, ibunya telah menyediakan bakul sampah kerana dia tidak mahu rumah bersepah dan kotor. Ketika sedang makan, Alim meminta izin untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu Alim memuji sikap Alim yang ingin berkongsi dengan orang lain. Alim memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Selesai makan, Alim membantu keluarganya mengemas rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu sampah di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan Sulaiman buah-buahan dan mengatakan bahawa dia gembira apabila Alim rapat dengan Sulaiman. Alim memberitahu bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021
KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...
-
BAHAGIAN A JENIS-JENIS SHOT YANG TERDAPAT DALAM ASAS FOTOGRAFI Gambar diatas menerangkan jenis-jenis shot yang terdapat dalam ...
-
BAHAGIAN A Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987) Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. ...
-
BAHAGIAN B Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ...














