Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


 Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Oleh itu, asas grafik juga mempunyai kepentingannya. Antara kepentingan asas grafik ialah menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi.
            Kepentingan yang pertama ialah menarik. Hal ini kerana asas grafik penting untuk menarik minat semua golongan masyarakat. Setiap grafik yang mengandungi asas grafik yang sesuai dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan.
            Seterusnya, asas grafik yang mudah difahami juga penting dalam kalangan masayarakat. Hal ini kerana, masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah untuk difahami tanpa berasa ragu-ragu ataupun keliru.
            Selain itu, mesej yang ingin disampaikan sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana, setiap apa yang dilihat mestiah menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Hal ini bertujuan supaya mesej yang ingin disampaikan dapat meninggalkan kesan kepada masyarakat.
            Di samping itu, ketara juga merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto yang dipaparkan akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau mesej yang ingin disampaikan.

            Asas grafik juga dapat memberikan kesan yang positif terhadap mempromosikan baranganatau apa jua mesej yang ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, promosi akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto.







Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...