Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2





Pada pendapat saya, antara tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2 ialah nilai baik hati, tolong-menolong dan ramah mesra. Nilai baik hati dalam cerita ini jelas terbukti apabila Alim meminta buah-buahan daripada ibunya untuk diberikan kepada kawannya iaitu Sulaiman. Selain itu, nilai tolong-menolong juga jelas apabila Alim dan adik-beradiknya selalu menolong ibunya mengemas rumah dan mereka mempunyai tugasan masing-masing. Seterusnya, nilai ramah mesra juga terdapat dalam cerita ini apabila Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan buah-buahan kepada anaknya. Oleh itu, cerita sosial bukan sahaja untuk memberikan gambaran cerita malah terdapat juga nilai-milai murni yang boleh dijadikan contoh dan diikuti.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2014)  Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...