Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: Aktiviti Bab 1 (Media Sosial: Gambaran Keseluruhan) Buku Ehh !! Media Sosial

Aktiviti 1: Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian anda.



Aktiviti 2 : Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa.



Aktiviti 3 : Dua aplikasi media sosial dan kelemahannya.





Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.





BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2





Pada pendapat saya, antara tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2 ialah nilai baik hati, tolong-menolong dan ramah mesra. Nilai baik hati dalam cerita ini jelas terbukti apabila Alim meminta buah-buahan daripada ibunya untuk diberikan kepada kawannya iaitu Sulaiman. Selain itu, nilai tolong-menolong juga jelas apabila Alim dan adik-beradiknya selalu menolong ibunya mengemas rumah dan mereka mempunyai tugasan masing-masing. Seterusnya, nilai ramah mesra juga terdapat dalam cerita ini apabila Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan buah-buahan kepada anaknya. Oleh itu, cerita sosial bukan sahaja untuk memberikan gambaran cerita malah terdapat juga nilai-milai murni yang boleh dijadikan contoh dan diikuti.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2014)  Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Ringkasan Rule Of Thirds untuk swafoto



Gambar yang dimasukkan dalam Facebook



Hai semua.. Tugasan di atas adalah ringkasan rule of thirds dalam swafoto dan gambar yang dah dimuat dalam facebook saya . Jadi awak semua boleh tengok kan bahawa rule of thirds juga penting dalam swafoto bagi mendapatkan gambar yang cantik, menarik dan seimbang. Nanti anda semua boleh laa cuba ye ? Cuba berswafoto dengan menggunakan kotak grid okay.. Rule of thirds ni memberikan banyak kelebihan kepada awak dalam menghasilkan gambar yang berkualiti.


Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

BAHAGIAN A

Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown 8: Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah heori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown 8: Levinson (I 987) memperkenalkan konsep ’wajah’ untuk menggambarkan ’kesopanan‘ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ’wajah’: 'wajah positif’ dan 'wajah negatif’. Brown 8: Levinson (1987: 61) menentukan ’muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ’muka negatif’ adaIah ”tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Bmwn & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record

Contoh:
Bersedia !
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif

Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin !
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan ?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantlk baju kamu.


Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)

(NUR SHAFIKA BINTI ZULKIFLI – 196768)


Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


BAHAGIAN B

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita ini mengisahkan tentang situasi yang berlaku di rumah dimana bapa Alim yang telah pergi ke pasar dan membawa pulang buah-buahan kerana dia tahu keluarganya gemar makan buah-buahan. Apabila hendak makan buah-buahan itu di rumah, ibunya telah menyediakan bakul sampah kerana dia tidak mahu rumah bersepah dan kotor. Ketika sedang makan, Alim meminta izin untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu Alim memuji sikap Alim yang ingin berkongsi dengan orang lain. Alim memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Selesai makan, Alim membantu keluarganya mengemas rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu sampah di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan Sulaiman buah-buahan dan mengatakan bahawa dia gembira apabila Alim rapat dengan Sulaiman. Alim memberitahu bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman.





Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.



BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

BAHAGIAN A

JENIS-JENIS SHOT YANG TERDAPAT DALAM ASAS FOTOGRAFI





Gambar diatas menerangkan jenis-jenis shot yang terdapat dalam asas fotografi. antara jenis shot ialah long shot, medium shot, potrait, mug shot, close-up, pemandangan, siluet, kabur, pendua, flatflay, swafoto, bayang, birds eye view dan over the shoulder.


Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 



BAHAGIAN B

KEPENTINGAN RULE OF THIRDS


Rule of thirds adalah teknik fotografi yang penting kerana ia boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Oleh itu, rule of thirds penting untuk digunakan bagi mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat ‘garis’ yang juga berguna untuk elemen dalam foto. Selain itu, apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting, dan cuba letakkannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Hal ini bertujuan mendapatkan imej yang baik, menarik, dan seimbang dalam paparan LCD. Justeru, seperti semua peraturan (sekurang-kurangnya dalam fotografi), rule of thirds tidak digunakan dalam setiap situasi, dan kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih menarik. Oleh itu, rule of thirds penting digunakan bagi mendapatkan imej yang baik, menarik, cantik dan seimbang dalam paparan skrin LCD yang digunakan.





Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

BAHAGIAN B


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang Iain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim 2017)

Twitter merupakan satu tempat atau platform yang membolehkan seseorang menulis cerita secara individu. Media sosial ini telah memberi kesan yang besar kepada pelajar semasa proses penulisan. Twitter juga merupakan salah satu cabaran kepada seseorang yang kurang berkeyakinan semasa menulis dan juga kepada yang bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya. Hal ini telah menyebabkan seseorang individu itu berasa keberatan untuk menulis. Dengan adanya twitter seseorang boleh praktik menulis dengan baik dan mengurangkan ketidakyakinan semasa menulis serta sedikit sebanyak tidak berasa malu apabila orang lain membacanya. Hal ini dapat memberi keyakinan kepada seseorag untuk berkongsi sesuatu di twitter. Oleh itu, twitter merupakan satu cabaran yang boleh diambil untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bidang penulisan seseorang. Selain itu, pelajar juga lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka dapat fokus kepada pembelajaran bahasa. Oleh itu, penglihatan terus dalam aktiviti penting bagi mengelakkan salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa sesuatu proses pengajaran dilakukan. Penglibatan terus juga dapat menarik minat pelajar dalam proses pengajaran serta dapat memberi kesan yang baik ke atas diri pelajar sendiri dalam memahami setiap apa yang dipelajari. Justeru, cara ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlaku salah faham dalam pengajaran semasa proses pembelajaran dilakukan.





Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

BAHAGIAN A

Penceritaan dalam bentuk peta minda (Twitter)

Hai semua.. kat bawah ni adalah gambar jalan penceritaan saya. Saya telah memilih cerita tentang 'meneroka alam'. Awak semua suka tak meneroka alam ? Baca yeee..



Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...