Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara penulisan blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. 
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. 
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan  penulisan anda. 
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Dalam penulisan blog, tajuk yang menarik sangat penting kerana pembaca biasanya akan tertarik dengan tajuk dahulu sebelum isinya. Selain itu, cerita yang hendak dikongsikan mestilah menarik minat pembaca. Cerita yang dipilih biasanya dekat dengan diri pembaca. Seterusnya, penulisan tidak boleh terlalu formal sehingga tiada bahan jenaka yang boleh menarik minat pembaca kerana hal ini boleh membuatkan pembaca cepat bosan dan tidak berminat untuk membacanya. Oleh itu, penulisan blog yang baik mestilah mempunyai bahan jenaka dan ayat humor yang boleh menarik perhatian dan menggelikan hati pembaca. Justeru, blog juga mestilah ada hujah yang terbaik untuk menghuraikan pendapat dan pandangan kita. Hal ini bertujuan kerana, blog yang kita tulis biasanya dijadikan panduan dan rujukan oleh orang lain. Oleh itu, penulisan mestilah mempunyai hujah yang terbaik. Penulisan yang dihasilkan juga mestilah dikaitkan dengan berita terkini agar ianya tidak ketinggalan dan menjadi informasi terkini kepada pembaca. Penulisan mestilah menggunakan perkataan yang ringkas dan tidak terbelit-belit agar pembaca tidak berasa cepat bosan semasa membacanya. Penulisan yang kita hasilkan juga mestilah dapat dibaca dan difahami oleh orang lain dengan mudah. Komunikasi dengan pembaca dalam blog sangat penting agar pembaca lebih tertarik untuk membacanya dan persoalan pembaca terjawab dengan baik. Dalam kita menulis blog, nilai estetika dan moral juga mestilah dimasukkan agar penulisan kita memberi kebaikan kepada pembaca. Dalam penulisan yang berkaitan dengan pendidikan, penulisan sesuatu blog mestilah mempunyai ilmu tentang apa yang hendak kita sampaikan agar maklumat yang disampaikan tidak bercanggah dan salah.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014), Eh!! Media Sosial Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim (2019)

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...