Tuesday, March 24, 2020

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA




Haii semua.. ni adalah video simpulan bahasa daripada kumpulan kami. Kumpulan kami telah memilih 10 simpulan bahasa iaitu:
- rambang mata
- kaki bangku
- tidur mati
- mulut tempayan
- geli hati
- memerah otak
- anak buah
- panjang tangan
- pisau cukur
- hidung tinggi


BBM3410Satu2020: PROF 'LIKE' IG






Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Flatlay terbahagi kepada 4 jenis iaitu, flatlay, half flatlay, quarter flatlay, dan zero flatlay.

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK



 


BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK


Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuian dan keseimbangan.

1. Mudah
- Penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dlam bentuk foto mahupun video.
Mudah juga dilihat sebagai sesuatu mesej yang terdapat gambaran yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.
Contohnya, gambar sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah.

2. Warna
Kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video.
Grafik biasanya tidak lebih daripada tiga warna.
Namun, ada juga grafik yang lebih daripada tiga warna bergantung kepada objektif atau mesej yang ingin disampaikan.
Ada juga grafik yang mempunyai satu warna sahaja.
Contohnya, gambar sebuah kereta berwarna biru dan dibelakangnya ada pokok.

3. Teks
Jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik.
Kandungan teks juga diambil kira sebagai pemahaman grafik.
Faktor dalam elemen grafik perlu diteliti dengan baik supaya mesej dapat disampaikan dengan baik.
Warna dalam font juga penting dalaam asas grafik.
Contohnya, iklan telefon bimbit dengan teks “nipis dan ringan”.

4. Kesesuaian
Grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam gambar.
Setiap watak atau bahan grafik bersesuaian antara satu sama lain.
Contohnya, gambar tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam dengan wajah yang ketawa dengan tulisan bawah foto “ suasana di kampung saya”.

5. Keseimbangan
Ruang dalam foto atau video.
Ruang yang dimaksudkan adalah ruang di kiri, kanan, atas dan bawah.
Sama ada ruang kosong ataupun grafik yang sama berat di ruang tersebut.
Keseimbangan diterima apabila grafik dapat disampaikan dengan baik.
Contohnya, ruang di sebelah kiri terdapat lima batang pokokbesar seimbang dengan sebuah rumaah kampung di sebelah kanan gambar.



Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

BBM3410Satu2020: ANALISIS WACANA KRITIS

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacarna kepada beberapa unsur iaitu makro dan mikro, kawalan kuasa, kawalan wacana awam dan kawalan pemikaran (Rajah 1).  Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis.  Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global dari suatu teks yang dapat diamati serta dari topik atau tema sesuatu teks.  Superstruktur pula membincangkan lentang kerangka teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.  Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna tempatan daripada teks yang dapat diperhatikan daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang digunakan oleh teks. 

Struktur Makro 
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati  daripada topik / tema suatu teks

 ​​Superstruktur
 Kerangka suatu teks seperti bahagian perdahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

 Struktur Mikro 
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati 
 Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks


 Rajah 1: Analisis Kritikan Wacana Analisis oleh vanDijk (1977)


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) teori ini dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur makro ini merupakan makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada tema suatu teks. Seterusnya, superstruktur merupakan kerangka suatu teks seperti pendahuluan, isi dan penutup. Selain itu, struktur mikro pula merupakan makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.


Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau strategi Pampasan
3. Parafrasa
4.Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-Coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appreal for help Stalling

Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)


Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

              Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan tolik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan  yang tiada makna dan strategi petanda. Menurut Dornyei  & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi penambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

          Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengekalan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikel bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula adalah peninggalan mesej yang disebabkan oleh bahasa kekangan, menyambung mesej dengan mengubah dari struktur asal ayat.  Terjemahan literal adalah terjemahan sesuatu kata, bahasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran.  Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubahsuai secara fonologi atau morfologi ke bahasa sasaran dan kod pertukaran bermaksud penggunaan kata atau frasa dari bahasa lain dalam penulisan.  Penggunaan kata yang tidak dapat difahami atau digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa-apa perkataan ataupun bunyi yang tidak mempunyai makna.  


        Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penaikbaik dan dicadangkan dengan strategi baru.  Oleh itu, kajian ini telah merujuk kepada komunikasi strategi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baru.  Pendekatan strategi kounikasi yang baru ini telah terbukti dengan kajian dalam buku ini.  Pendekatan strategi yang baru merujuk kepada singkatan, penafian/percanggahan, persoalan, perujuk, imaginasi dan kesopanan.  Enam strategi ini tidak terdapat dalam komunikasi strategi oleh Tarone 11977), Faerch & Kasper (19831, Johnstone (1989 dan Dornyei & Scott (19971). Strategi komunikasi ini dilihat sesuai dengan kajian yang dilakukan.

          Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), pendekatan strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1977) dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan atau pengurangan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Pengasingan ini membolehkan kita membezakan dengan strategi yang lain. Strategi ini penting untuk mengelakkan daripada menulis sesuatu topik sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkataan. Melalui penghampiran, perkataan yang semantiknya sama dengan perkataan sasaran boleh digunakan. Penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat boleh digunakan. Selain itu, melalui penstrukturan semula, peninggalan mesej disebabkan kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat juga boleh digunakan.




Rujukan: Kajian wacana dan strategi komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Kesimpulan diatas adalah manfaat yang diperoleh daripada cerita pendek akaun instagram. Instagram membantu mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek instagram pengguna yang lain. Selain itu, instagram juga berpeluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka kepada umum. Justeru, mereka juga boleh mempelajari cerita baharu di cerita pendek instagram. Seterusnya, instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Oleh itu, pengikut akan faham mesej yang ditinggalkan oleh pengguna.





Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG.




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Biasanya, responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Pandangan ini memperlihatkan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga berlatih menggunakan perkataaan yang sesuai. Oleh itu, blog dilihat sebagai platform yang sesuai untuk tujuan ini. Selain itu, responden juga dilihat suka menulis cerita pendek dalam blog yang membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa. Justeru, mereka juga dilihat suka menulis skrip dalam blog kerana mereka berpendapat boleh berkongsi skrip melalui blog dan menulis apa sahaja dalam skrip. Skrip yang ditulis juga ialah skrip sasaran memandangkan banyak idea yang ingin diceritakan. Responden juga dilihat suka menulis pantun di blog mereka. Mereka ingin menulis sesuatu yang baik dan ingin berkongsi dengan orang lain. Seterusnya, penulis blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Pernyataan menunjukkan bahawa responden suka menulis surat di dalam blognya kerana membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Responden juga dilihat lebih berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog. Pernyataan ini juga menunjukkan bahawa responden sangat berminat menulis teka-teki di dalam blognya kerana menerima banyak komen daripada orang lain berdasarkan teka-teki. Di samping itu, penulisan blog juga membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi yang dimasukkan ke dalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Responden juga dilihat begitu teruja untuk menyiarkan klip video berkenaan cerpen pendek atau dokumentari di dalam blog mereka. Seterusnya, pernyataan juga menunjukkan bahawa responden sangat suka meletakkan audio di blog mereka. Mereka meletakkan audio dalam senarai main lagu memandangkan mudah bagi mereka merombak dan memilih lagu yang disukai. Justeru, responden juga sangat teruja untuk menyiarkan gambar yang menarik di blog kerana gambar mampu menceritakan sesuatu yang boleh menunjukkan emosi di setiap hantaran mereka. Kesimpulannya, keputusan penulisan bloh dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran teknologi menunjukkan kebanyakan responden yang terlibat memperoleh keyakinan dalam penulisan blog. Menulis blog mampu membantu mereka leboh memahami kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Oleh itu, blog juga sangat membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan dalam penulisan dan memaksimakan aktiviti penulisan pelajar dan menggalakkan pelajar dalam proses mempelajari bahasa kedua.

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...