Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN KELUARGA: BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

"KELUARGA"

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.


Hai semua.. Berdasarkan cerita diatas, jommm saya kongsikan cerita. Saya ada mak, ayah, abang, dan kakak kembar. Saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang kecil ini. Walaupun keluarga kami kecil tetapi kami saling melengkapi antara satu sama lain. Kami sentiasa berkongsi rezeki yang Allah kurniakan. Setiap hari kami adik-beradik akan sentiasa menolong mak dan ayah berniaga di kedai. Walaupun mak dan ayah tidak memaksa kami untuk menolongnya kerana meraka tahu kami sibuk dengan urusan masing-masing tetapi kami tetap juga menolongnya kerana kami tahu hal itu akan meringankan sedikit penat dan lelah mereka apabila anak-anak ada bersama. Saya selalu perhatikan raut wajah mak dan ayah saya. Saya perasan mereka lebih gembira jika kami adik-beradik ada di depan mata mereka. Mak sentiasa menasihati saya agar jaga adab dan menghormati orang lain walau setinggi manapun saya berada. Keluarga saya selalu ada waktu saya perlukan mereka. Mereka ada dikala sedih, gembira, jatuh, dan bangun saya. Mereka selalu menasihat saya agar bangun dan bangkit kembali. Allahu besar sungguh pengorbanan mereka terhadap saya. Saya sayang mak dan ayah saya. Saya sayang adik-beradik saya. Saya sayang mereka sangat. Saya selalu berdoa agar diberi peluang dan kesempatan untuk saya berbakti dan membahagiakan mereka. Tanpa mereka saya tiada, tanpa mereka saya lemah. Mereka diibaratkan lilin yang menerangi malam-malam saya. Saya sayang keluarga saya sangat.




Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu: Asas Fotografi

ASAS FOTOGRAFI

1. Long Shot



Long shot diambil dalam jarak yang jauh dari kamera. Namun, gambar ini jelas kelihatan dengan gambaran keseluruhan. Long shot ini menunjukkan gambar pemandangan di tepi tasik dan gambar pemandangan orang yang berada di tepi tasik tersebut.

2. Medium Shot


Medium shot diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera. Ianya bertujuan untuk menampakkan aktiviti yang dilakukan oleh individu atau kumpulan. Medium shot ini digunakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih fokus dan faham dengan jelas. 


3. Portrait


Portrait merupakan gambar atau foto yang fokus dalam jarak yang dekat. gambar ini diambil dengan lebih jelas. Biasanya studio akan menyediakan lampu khas yang cukup untuk setiap gambar yang jelas dan cantik. Selain itu, biasanya portrait mempamerkan wajah yang beremosi seseorang. Gmbar diatas jelas menunjukkan seluruh anggota badan manusia dan wajah seseorang yang kelihatan senyum.

4. Mug Shot

Mug shot merupakan gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Tujuan mug shot biasanya adalah untuk mempamerkab raut wajah dengan cara yang terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai. Selain itu, mug shot juga digunakan sebagai gambar untuk kad pengenalan atau passport. Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar ahli kumpulan kami.



( NAJMI)



(ISKANDAR )


                                                   
                                                                        (NURIN)

                                                             
                                                                         (HAIKAL)




                                                              (SYIFAA)



                                                          (NADHIRAH)



                                                                    (HASNI)




                                                          (MUNIRAH)



                                                             (SHAFIKA)




                                                                    (ALIA)



5. Close-up

Gambar berbentuk close-up diambil dalam jarak yang dekat dan mefokuskan gambar muka seseorang. Close-up biasanya digunakan untuk tujuan menunjukkan wajah seseorang dengan jelas. Close-up juga boleh dilakukan semasa seseorang itu melakukan aktiviti, namun hanya memfokuskan kepada wajah ataupun aktiviti yang dilakukan dalam jarak yang paling dekat. Gambar di bawah menunjukkan gambaran benda iaitu fokus kepada cermin mata dan gambaran raut wajah seseorang iaitu mata dalaam jarak yang dekat.



Wahhh... cantik tak gambar-gambar diatas ? Cantik kann ? Semua tu gambar asli daripada ahli kumpulan kami. 

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0 Soalan dan Jawapan

SOALAN BLANKET TEST 2.0 


Soalan 1: Terangkan asas fotografi yang terdapat dalam gambar tersebut ?

Jawapan 1: Gambar tersebut menggunakan asas fotografi potrait. Gambar tersebut lebih kelihatan jelas diambil. Potrait diambil dalam jarak yang dekat untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang.

Soalan 2: Jelaskan asas fotografi yang digunakan dalam gambar ini ?

Jawapan 2: Asas fotografi yang digunakan adalah Mug shot. Hal ini demikian kerana foto atau gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot mempamerkan pada bahagian raut wajah dengan lebih jelas supaya dikenali oleh orang ramai.

Soalan 3: Huraikan asas fotografi yang berkaitan dengan gambar tersebut ?

Jawapan 3: Gambar yang digunakan adalah Close-up yang merupakan salah satu asas fotografi . Close-up diambil dalam jarak yang dekat untuk memfokuskan muka seseorang. Ianya diambil dengan lighting yang jelas.

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik



Hai semua.. ini adalah hasil kerja tugasan Asas Grafik kumpulan kami.. Cantik tak ? Mesti laa cantik kann.. hahhaha.. Terima Kasih kepada Prof Dr Normaliza kerana memberi tiga bintang untuk kumpulan kami.. Tidak lupa juga terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan yang terlibat. Semua memberikan komitmen yang luar biasa. Terima kasih semua !



Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita ini mengisahkan tentang situasi yang berlaku di rumah dimana bapa Alim yang telah pergi ke pasar dan membawa pulang buah-buahan kerana dia tahu keluarganya gemar makan buah-buahan. Apabila hendak makan buah-buahan itu di rumah, ibunya telah menyediakan bakul sampah kerana dia tidak mahu rumah bersepah dan kotor. Ketika sedang makan, Alim meminta izin untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu Alim memuji sikap Alim yang ingin berkongsi dengan orang lain. Alim memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Selesai makan, Alim membantu keluarganya mengemas rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu sampah di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan Sulaiman buah-buahan dan mengatakan bahawa dia gembira apabila Alim rapat dengan Sulaiman. Alim memberitahu bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.



BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH




Gambar diatas adalah tentang manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Manfaat atau kelebihan diatas merupakan pengalaman saya sendiri sebagai pelajar dalam kelas bahasa. Media sosial banyak memberi manfaat kepada penggunanya terutamanya pelajar. 

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik


Kami ahli kumpulan The Luxe Production telah diberikan tugas untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan asas grafik. Kami memulakan tugasan ini dengan menceraikan helaian majalah untuk memudahkan proses memilih gambar yang bersesuaian dengan asas grafik. Setelah memilih gambar yang berkaitan dengan asas grafik, kami menunjukkan gambar tersebut kepada pensyarah kami terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuannya. Elemen asas grafik tersebut ialah mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

                             

Selepas itu, kami menggunting gambar yang dipilih, huruf dan nombor daripada majalah tersebut dan dicantumkannya menjadi nama kumpulan, nama dan no matrik ahli kumpulan. 


Selesai sahaja proses menggunting, kami melekatkannya di atas mounting board yang berukuran A4. Seterusnya, kami menebuk mounting board tersebut dan mengikatnya dengan menggunakan reben untuk menjadikannya lebih menarik.

                              

Ini adalah hasil kerja kumpulan kami. Sekian terima kasih.




BBM3410Satu2020:Blanket Test

Soalan 1 : Berapa ayat dalam teks?
Jawapan 1 : 4 ayat



Soalan 2 : Sila terangkan satu elemen asas grafik yang berkaitan dengan gambar ini.
Jawapan 2 : Keseimbangan. Di dalam gambar itu, di bahagian atas terdapat warna langit yang cerah dan diseimbangikan dengan warna laut yang gelap di bahagian bawah. Di bahagian kanan pula, kedudukan resort adalah rawak dan diseimbangi dengan resort di sebelah kiri yang padat. Malah, di sebelah kiri terdapat sebuah bot yang juga mengimbangi resort yang padat itu.

Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Video

BBM3410Satu2020: Grafik

BBM3410Satu2020: Keluarga

Hai.. Harini saya nak kongsikan sedikit tentang keluarga saya. Untuk perkongsian je hehe.. okay Saya ada tiga orang adik-beradik. Abang saya yang sulung dah berkahwin dengan pilihan hatinya dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Alyaa Munirah dan Anas Mikhail. Anak saudara saya yang sulung berumur 5 tahun dan adiknya berumur 2 tahun. Mereka tidak rapat sangat dengan saya kerana saya sedikit garang hehe.. Abang saya bekerja sendiri iaitu menguruskan sebuah kedai runcit bersama isterinya. Abang mempunyai minat dalam perniagaan kerana ayah dan mak saya juga terjurus dalam bidang perniagaan sejak dari saya kecil lagi. Ayah dan mak saya merupakan chef dengan menguruskan sebuah restoren. Namun, sejak akhir-akhir ini mak dan ayah saya lebih fokus kepada perniagaan runcit makanan segera atau sejukbeku. Manakala kakak kembar saya pula belajar di UITM kampus Kota Bharu dalam jurusan perniagaan. Semua keluarga saya lebih terjerumus kearah perniagaan berbanding dengan saya yang minat dengan bahasa. Namun, keluarga saya tidak pernah menghalang minat saya dalam bidang bahasa. Ayah dan mak saya sangat baik sehingga saya jadikan mereka idola saya dalam kehidupan. Walaupun mak dan ayah saya tidak berpendidikan tinggi tapi mereka mendidik anak-anak dengan baik. Mak dan ayah saya tidak pernah kenal erti putus asa dan penat lelah dalam membesarkan kami adik-beradik. Saya sayang keluarga saya..



BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk


Cerita ini mengisahkan tentang Alim yang pulang ke kampung datuk dan neneknya. Pada mulanya, Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana ingin melihat ayam dan itik nenek dan datuknya yang berada di kampung. Namun, setelah sampai di kampung, Alim menangis kerana dia tidak melihat ayam dan itik neneknya di kampung. Alim sangat sedih namun nenek berjaya memujuknya dengan memberitahu ayam dan itik tersebut berada di dalam reban ayam yang baharu. Alim sangat gembira kerana dapat melihat ayam dan itik tersebut. Setelah berpuas hati, Alim masuk ke dalam rumah. Namun, sekali lagi Alim menangis kerana dia keliru melihat suasana rumah datuk dan neneknya. Dia menyangka bahawa rumah datuk dan neneknya sudah tiada. Nenek memujuk Alim sambil berkongsi cerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim. Setelah berhenti menangis, Alim menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah di ruang tamu. Keluarga Alim berasa sedih melihat kelakuan Alim pada hari itu. mereka hairan kenapa tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab. Namun, mereka cuba untuk menolong Alim. Kelihatan di dapur, Alim ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar di televisyen. Suasana di kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.

Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara penulisan blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. 
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. 
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan  penulisan anda. 
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Dalam penulisan blog, tajuk yang menarik sangat penting kerana pembaca biasanya akan tertarik dengan tajuk dahulu sebelum isinya. Selain itu, cerita yang hendak dikongsikan mestilah menarik minat pembaca. Cerita yang dipilih biasanya dekat dengan diri pembaca. Seterusnya, penulisan tidak boleh terlalu formal sehingga tiada bahan jenaka yang boleh menarik minat pembaca kerana hal ini boleh membuatkan pembaca cepat bosan dan tidak berminat untuk membacanya. Oleh itu, penulisan blog yang baik mestilah mempunyai bahan jenaka dan ayat humor yang boleh menarik perhatian dan menggelikan hati pembaca. Justeru, blog juga mestilah ada hujah yang terbaik untuk menghuraikan pendapat dan pandangan kita. Hal ini bertujuan kerana, blog yang kita tulis biasanya dijadikan panduan dan rujukan oleh orang lain. Oleh itu, penulisan mestilah mempunyai hujah yang terbaik. Penulisan yang dihasilkan juga mestilah dikaitkan dengan berita terkini agar ianya tidak ketinggalan dan menjadi informasi terkini kepada pembaca. Penulisan mestilah menggunakan perkataan yang ringkas dan tidak terbelit-belit agar pembaca tidak berasa cepat bosan semasa membacanya. Penulisan yang kita hasilkan juga mestilah dapat dibaca dan difahami oleh orang lain dengan mudah. Komunikasi dengan pembaca dalam blog sangat penting agar pembaca lebih tertarik untuk membacanya dan persoalan pembaca terjawab dengan baik. Dalam kita menulis blog, nilai estetika dan moral juga mestilah dimasukkan agar penulisan kita memberi kebaikan kepada pembaca. Dalam penulisan yang berkaitan dengan pendidikan, penulisan sesuatu blog mestilah mempunyai ilmu tentang apa yang hendak kita sampaikan agar maklumat yang disampaikan tidak bercanggah dan salah.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014), Eh!! Media Sosial Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim (2019)

BBM3410Satu2020:Tentang Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama diberi Nur Shafika binti Zulkifli. Boleh panggil Fieka. Umur saya 22 tahun. Saya merupakan pelajar UPM Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Saya mempunyai tiga orang adik-beradik. Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak kembar. Abang saya sudah berkahwin manakala kakak kembar saya pula belajar di Uitm kampus Kota Bharu. Saya sangat suka membaca novel dan meneroka alam. Keindahan alam semula jadi memberi saya inspirasi dan ketenangan yang tersendiri. Alam diibarat cecair yang menukar warna dihati saya.



BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...