Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
Wednesday, May 6, 2020
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3
Antara
nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3 ialah tolong-menolong, peramah daan
rajin. Nilai tolong-menolong jelas terbukti apabila Alim dan adik beradiknya
selalu menolong antara satu sama lain dalam membuat kerja rumah. Alim juga
selalu menolong ibunya menyapu sampai dan mengutip mainan yang bertaburan
dilantai.
Nilai
yang seterusnya ialah peramah. Alim seorang yang peramah. Hal ini jelas
terbukti apabila Alim selalu mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang
menolongnya. Bahkan Alim juga ramah dengan semua orang termasuk Sulaiman dan
Mak Cik Timah.
Nilai
yang seterusnya ialah rajin. Hal ini terbukti apabila ibu selalu cakap bahawa
Alim seorang yang rajin. Alim rajin menolong ibunya membuat kerja rumah dan
menolong adiknya mengemas mainan yang berselerak di lantai.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Asas
grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua
yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang
mengandungi grafik. Oleh itu, asas grafik juga mempunyai kepentingannya. Antara
kepentingan asas grafik ialah menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan
promosi.
Kepentingan yang pertama ialah
menarik. Hal ini kerana asas grafik penting untuk menarik minat semua golongan
masyarakat. Setiap grafik yang mengandungi asas grafik yang sesuai dapat
memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami
mesej yang ingin disampaikan.
Seterusnya, asas grafik yang mudah
difahami juga penting dalam kalangan masayarakat. Hal ini kerana, masyarakat
memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah untuk difahami tanpa berasa
ragu-ragu ataupun keliru.
Selain itu, mesej yang ingin
disampaikan sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana, setiap apa yang
dilihat mestiah menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Hal ini bertujuan
supaya mesej yang ingin disampaikan dapat meninggalkan kesan kepada masyarakat.
Di samping itu, ketara juga
merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto yang dipaparkan akan
memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah begitu
ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau mesej
yang ingin disampaikan.
Asas grafik juga dapat memberikan
kesan yang positif terhadap mempromosikan baranganatau apa jua mesej yang ingin
disampaikan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, promosi akan lebih
berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021
KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...

-
Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
-
KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...
-
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit ...