Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini menggunakan photoshop. Photoshop memudahkan kita untuk mengedit gambar atau apa sahaja yang ingin kita masukkan dalam kalendar. Tetapi proses membuat kalendar dalam photoshop ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana laptop akan 'hanggg' tetiba. Hal ini akan menambahkan lagi stress kita dalam proses menyiapkan kalendar hahahha.. Namun, syukur alhamdulillah Allah mempermudahkan proses menyiapkan kalendar ini walaupun telah menghadapi pelbagai dugaan. Proses menyiapkan kalendar ini juga memberi saya banyak pengalaman dan pengetahuan serba sedikit tentang apps photoshop.
Cempaka Indah
Friday, July 17, 2020
Sunday, June 14, 2020
BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER
KAJIAN FACEBOOK
- Facebook ialah satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan untuk pembelajaran tidak formal, tetapi bukan satu alat untuk pengajaran formal.
- Facebook memegang kepentingan sosial dan peribadi.
- Facebook juga ialah cerminan contoh pengajian yang baik kerana penglibatan aktif bersama penggunanya.
- Faedah berinteraksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan di facebook.
- Facebook secara pantas menjadi laman sosial pilihan pelajar koleh dan ialah sebahagian penting pengalaman kolej.
KAJIAN TWITTER
- Menggunakan twitter supaya dapat melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan.
- Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh .
- Twitter mempunyai potensi aktiviti membaca selepas kelas.
- Twitter boleh digunakan untuk penilaian formatif dalam kalangan pelajar sekolah.
- Penggunaan twitter dapat menilai hasil kerjasama pelajar, penglibatan dan jalan menuju kejayaan.
Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1
Hai semua.. Apa yang awak semua fikir tentang gambar logo diatas ? Mestilah tentang kasih sayang dalam keluarga kan ? Keluarga diibaratkan peneman dalam hidup kita. Tanpa keluarga siapalah kita kan. Pendapat saya mengenai gambar diatas ialah memaparkan kasih sayang dalam keluarga. Mengasihi ibu, ayah, kakak, abang, adik dan saudara-mara. Nilai tolong-menolong, homat-menghormati, menjaga budi pekerti dan lain lain sangat diperlukan dan penting dalam sesebuah keluarga.
Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
"KELUARGA"
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.
Thursday, June 11, 2020
BBM3410Satu2020: AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI
AKTIVITI 1
AKTIVITI 2
AKTIVITI 3
Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 5 (NORMALIZA ABD RAHIM)
CERITA SOSIAL 5
Pada pendapat saya, tiga nilai dalam cerita sosial 5 ialah pemurah, kesabaran dan kasih sayang. Nilai seorang yang pemurah jelas dilihat pada watak Alim dan Sulaiman. Contohnya, Alim selalu berkongsi dan memberi bukunya kepada Sulaiman. Selain itu, Sulaiman juga seorang yang pemurah apabila dia selalu berkongsi dan memberikan Alim coklat. Nilai yang kedua ialah kesabaran. Nilai sabar jelas kelihatan pada watak Alim apabila dia sabar menerima apa yang terjadi dalam hidupnya. walaupun Alim sakit, dia tetap bersabar dan tidak pernah merungut. Nilai yang ketiga, nilai kasih sayang. Nilai ini jelas ditunjukkan dalam keluarga alim apabila ibu bapa serta adik beradik Alim selalu menjaga Alim ketika Alim terlantar sakit waaupun Alim tidak memberi sebarang reaksi.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2014) Wacana Bahasa, Terengganu; Penerbit UMT.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021
KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...

-
Rujukan: Multimedia dalam Bahasa (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
-
KALENDAR 2021 Hai semua.. Disini saya ada paparkan kalendar tahun 2021 dari bulan Januari hingga Disember. Saya menyiapkan kalendar ini ...
-
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 Rujukan: Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit ...